MALAYSIAN AIDS FOUNDATION - BERJAYA

MYLADY ASSISTANCE SCHEME

Program pemerkasaan untuk Wanita yang hidup dengan HIV


Malaysian AIDS Foundation - Berjaya MyLady Assistance Scheme adalah sebuah program khas yang membantu wanita-wanita yang hidup dengan HIV untuk hidup berdikari dan membina masa depan yang lebih bermakna.
Program ini dibiayai oleh Berjaya Corporation Berhad dan mendapat sokongan penuh dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

31 MEI 2019

BANTUAN YANG DITAWARKAN

01

Bimbingan Kaunseling

02

Penempatan Kerja

03

Latihan Vokasional

04

Pinjaman Mikrokredit

SYARAT KELAYAKAN

  • Wanita.
  • Hidup dengan HIV.
  • Warganegara Malaysia.
  • Pendapatan isirumah di bawah RM 2,000 sebulan.
  • LIMITASI: Hanya SATU (1) permohonan boleh dikemukakan untuk setiap isirumah.

BAGAIMANAKAH PROGRAM INI AKAN DILAKSANAKAN?

  • 01.

    Jawatankuasa Pemilihan MyLady Assistance Scheme akan memilih calon-calon yang layak berdasarkan kriteria yang ditetapkan.
  • 02.

    Calon terpilih akan menjalani program sokongan rakan sebaya bagi membina kecekalan dan persediaan mental yang mencukupi, sebelum memasuki latihan vokasional atau penempatan kerjaya bersama rakan-rakan korporat Yayasan AIDS Malaysia.
  • 03.

    Latihan vokasional akan diselenggara oleh Jabatan Pembangunan Wanita, KPWKM. Kami menawarkan opsyen untuk latihan kemahiran memasak, menjahit, kraf tangan, perniagaan atas talian dan bidang-bidang lain yang akan dikembangkan lagi mengikut keperluan.
  • 04.

    Selesai menjalani latihan vokasional, calon boleh memohon untuk mendapatkan pinjam kewangan mikrokredit tanpa faedah (RM 5,000 – RM 10,000) untuk dijadikan modal permulaan perniagaan kecil-kecilan.
  • 05.

    Calon yang memilih penempatan kerja akan diberikan latihan lanjutan yang secukupnya oleh majikan masing-masing.

PROSES PERMOHONAN

Sila lengkapkan borang permohonan dan lampirkan dokumen sokongan yang berkaitan.

DOKONGAN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

1Salinan Kad Pengenalan yang sah.
2Surat Sokongan Status Ekonomi oleh Pegawai Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP) Hospital / Pegawai Kebajikan Masyarakat
3Salinan Penyata KWSP / Slip Gaji / Penyata Pendapatan oleh Majikan yang sah.
4Salinan muka hadapan Buku Akaun yang menyatakan dengan jelas nama pemilik akaun dan nombor akaun. Hanya akaun BANK SIMPANAN NASIONAL atau MAYBANK sahaja diterima.
Kerahsiaan maklumat permohonan adalah terpelihara dan hanya untuk tatapan Ahli-Ahli Jawatankuasa Kecil Skim Bantuan MyLady untuk tujuan penilaian dan pemilihan penerima bantuan yang layak.

PERMOHONAN YANG LENGKAP HENDAKLAH DIKIRIMKAN MELALUI POS ATAU SERAHAN LANGSUNG KEPADA

MyLady Assistance Scheme Application
Malaysian AIDS Foundation
No. 12, The Boulevard Shop Office
Jalan 13/48A, Off Jalan Sentul
51000 KUALA LUMPUR

Pegawai bertugas: DAYANA OMAR
03.4047.4313 / dayana@mac.org.my