MALAYSIAN AIDS FOUNDATION
PAEDIATRIC AIDS FUND
Membawa perubahan positif untuk kanak-kanak yang hidup dengan atau terjejas dengan HIV dan AIDS
Malaysian AIDS Foundation Paediatric AIDS Fund
adalah program bantuan sara hidup bulanan bernilai RM 100 sebulan yang diberikan kepada kanak-kanak warganegara Malaysia yang hidup dengan atau terjejas dengan HIV yang kurang berkemampuan.
Bantuan yang disalurkan melalui program ini
adalah untuk memenuhi keperluan asas kanak-kanak ini seperti makanan, pakaian atau keperluan persekolahan, selain memastikan agar mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih positif.

Program ini dibiayai sepenuhnya oleh
Berjaya Corporation Bhd di bawah Program Rawatan Penjagaan dan Sokongan Malaysian AIDS Foundation.
TEMPOH SOKONGAN
Bantuan Malaysian AIDS Foundation Paediatric AIDS Fund adalah untuk tempoh kontrak selama
3 tahun dari bulan Januari 2020 sehingga Disember 2021.
Walau bagaimanapun, kelayakan penerima bantuan akan dinilai dan diperbaharui setiap tahun oleh Ahli-Ahli Jawatankuasa Kecil Paediatric AIDS Fund bagi menentukan:

01
Penerima bantuan masih berada dalam lingkungan usia kelayakan (usia maksimum 12 tahun)
02
Penerima bantuan masih menepati syarat-syarat sosio-ekonomi yang ditetapkan.
PROSES PERMOHONAN
Untuk memohon bantuan Paedatric AIDS Fund, sila lengkapkan borang permohonan dan lampirkan dokongan sokongan yang dikehendaki.
DOKONGAN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN
1Salinan Sijil Surat Beranak dan Kad MyKid untuk kanak-kanak yang memohon.
2Salinan Kad Pengenalan untuk ibu bapa / penjaga sah.
3Surat Sokongan Status Ekonomi oleh Pegawai Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP) Hospital / Pegawai Kebajikan Masyarakat.
4Salinan Penyata KWSP / Slip Gaji / Penyata Pendapatan oleh Majikan untuk ibu bapa / penjaga sah.
5Salinan muka hadapan Buku Akaun yang menyatakan dengan jelas nama pemilik akaun dan nombor akaun. Hanya akaun BANK SIMPANAN NASIONAL atau MAYBANK sahaja diterima.